Thursday, May 26, 2011

Senarai Yang Di-Pertuan Agung Malaysia


DYMM Yang DiPertuan Agongyang Ke-13
Yang Dipertuan Agong

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.


Pada hari ini dalam tahun 1957 tepat pada jam 10 pagi dengan diiringi oleh tembakan meriam 21 das dan paluan nobat serta gendang perang selama kira-kira 15 minit, DYMM Seri Paduka Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang Pertama.
Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang dan memakan masa kira-kira satu jam 15 minit di Balai Rong Seri Istana Negara itu telah dihadiri oleh lebih dari 500 orang jemputan utama dan khas, termasuk Raja-raja Melayu Persekutuan Tanah Melayu dan Sultan Brunei, Gabenor Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan para Menteri Kabinet, tetamu-tetamu istimewa dari dalam dan luar negeri termasuk Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen.
Istiadat pertabalan ini telah dimulakan dengan keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan diiringi oleh Datuk Paduka Maharajalela Tuan Haji Mustapha Albakri, juruiring-juruiring Baginda dan panglima-panglima Baginda itu berarak dalam enam susunan, iaitu yang pertama cogan alam di sebelah kanan dan cogan agama di sebelah kiri. Barisan kedua terdiri dari panglima-panglima membawa pedang di sebelah kanan satu dan kiri satu. Barisan ketiga terdiri dari panglima-panglima membawa keris panjang di sebelah kanan dan kiri. Barisan keempat terdiri dari panglima-panglima yang membawa cokmar di sebelah kanan dan kiri. Barisan kelima terdiri dari panglima-panglima yang membawa sundang sebelah kanan dan kiri dan barisan keenam terdiri dari panglima-panglima yang membawa tombak berambu di sebelah kanan satu dan di sebelah kiri satu.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong yang memakai pakaian rasmi berwarna hijau muda disulam dengan benang mas telah diiringi hingga ke singahsana tempat bersemayam. Datuk Paduka Maharajalela kemudian telah membawa masuk sebuah Al-Ouran, sebilah keris panjang Diraja, Surat Perisytiharan dan Surat Sumpah kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah menerima keris panjang Diraja itu, Yang di-Pertuan Agong kemudian menghunus keris tersebut dan menciumnya sekali. Kira-kira tiga minit kemudian, Yang di-Pertuan Agong telah membaca Surat Sumpah. Setelah selesai baginda membacanya maka Datuk Paduka Maharajalela pun menyeru "DAULAT" tiga kali berturut-turut dan ini telah disambut oleh sekalian yang hadir. Seruan ini diiringi dengan pukulan nobat tanda "Raja Bertabal". Istiadat ini ditamatkan dengan doa selamat.
Pada hari ini dalam tahun 1957 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah melafazkan:
"Kami Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan Tanah Melayu bersumpah dengan melafazkan, WaAllah, Wabillah, Watawallah maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku pemerintahan bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan mengikut  sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan negeri yang telah disah dan dimasyhurkan di masa depan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setlap masa Agama Islam dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."2
Surat pengisytiharan pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun dibaca oleh Tuan Haji Mustapha Albakri, Datuk Paduka Maharajalela yang juga menjadi Penyimpan Mohor Raja-raja Melayu Persekutuan Tanah Melayu;
"Bahawa inilah dimasyhurkan dan dimaklumkan kepada sekalian warganegara serta isi negeri Persekutuan Tanah Melayu ini iaitu DYMM Raja-raja Melayu telah melantik DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Muhammad, Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri Sembilan, menjadi Yang di-Pertuan Agong dan pada hari, waktu dan saat gemilang ini maka Seri Paduka Baginda itu akan ditabalkan naik takhta Kerajaan menjadi Raja dan Pemerintah bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan bergelar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Allah selamatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."

        Seri Paduka Baginda ialah Yang di-Pertuan Agong Kedua yang memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960. Seri Paduka Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor dan merupakan putera ketiga DYMM Sultan Sulaiman. Selepas menamatkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Pada tahun 1920 juga, Seri Paduka Baginda Sultan Hisamuddin berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Raja Jemaah binti Al-Marhum Raja Ahmad.
Pada tahun 1931, Seri Paduka Baginda diangkat sebagai Tuanku Laksamana, dan menjadi ahli jawatankuasa khas untuk menggubal Majlis Mesyuarat Negeri yang baru.
Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Raja Muda pada 20 Julai 1936, dan menjadi Pemangku Raja semasa ayahanda baginda mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom. Apabila DYMM Sultan Sulaiman mangkat pada tahun 1937, Seri Paduka Baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah dilantik sebagai Sultan Selangor yang baru. Baginda menaiki takhta secara rasmi pada 26 Januari 1939, berserta DYMM Raja Jemaah binti Al-Marhum Raja Ahmad sebagai Tengku Ampuan.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Seri Paduka Baginda telah menjadi tawanan perang sehingga tentera British menduduki semula Tanah Melayu pada 1945. Pada tahun 1952, baginda berangkat menunaikan fardu haji di Mekah. Seri Paduka Baginda juga telah menghadiahkan kediaman persendirian baginda, Istana Jamaiah di Klang untuk digunakan sebagai Kolej Islam yang pertama di Tanah Melayu.
Baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Baginda memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman mangkat.

Pada hari ini dalam tahun 1961, DYMM  Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong Ketiga bagi Persekutuan Tanah Melayu. Upacara kebesaran ini yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu dari Persekutuan Tanah Melayu serta Gabenor-gabenor Pulau Pinang dan Melaka, berlangsung di dalam penuh  istiadat lama dan baru, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 
Tepat pada jam 10.55 pagi nafiri ditiup menandakan keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hendak masuk ke Balai Rong Seri. Nobat pun dipalu lagu "Raja Berangkat" sebaik-baik saja kedua-dua Baginda masuk ke Balai Rong Seri dengan diiringi di sebelah hadapan oleh Dato' Paduka Maharaja Lela dan panglima-panglima yang membawa cogan aluan dan cogan ugama dan di sebelah belakang oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima yang membawa alatan-alatan kebesaran diraja, iaitu pedang, keris, cokmar, sudang dan tombak berambu. Setelah Baginda berdua bersemayam di atas singgahsana, Dato' Paduka Maharalela pun meninggalkan Balai Rong Seri dan masuk semula dengan diiringi oleh Sohibul Fadilah Tuan Mufti dan panglima-panglima yang membawa sebuah kitab suci AI-Quran, Keris Panjang Diraja, Surat Perisytiharan dan Surat Sumpah.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra, selaku Perdana Menteri kemudian membacakan Surat Perisytiharan bagi pertabalan Seri Paduka Baginda. Setelah sudah, Dato' Paduka Seri Maharajalela pula menyembahkan Keris Panjang Diraja kepada Seri Paduka Baginda, lalu dikucup baginda dan menyarungkannya kembali. Baginda kemudian berangkat turun ke tingkat yang kelima, menerima Surat Sumpah lalu membacanya. Setelah sudah, nobat dipalu lagu "Raja Bertabal" dan diiringi oleh tembakan meriam duapuluh satu das tanda memberi hormat. DYMM Raja yang mewakili Majlis Raja-Raja kemudiannya membacakan ucapan tahniah kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diikuti pula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyampaikan tahniah daripada kerajaan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Kedua-dua ucapan tahniah itu kemudiannya diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setelah itu baginda membacakan Ucapan Diraja. Setelah sudah, nobat dipalu lagu "Genderang Perang" dan diiringi kemudiannya dengan tiupan nafiri menandakan Tuan Mufti akan membaca doa selamat. Setelah doa dibacakan, nafiri ditiup sekali lagi dan Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan Singgahsana dengan diiringi paluan nobat lagu "Raja Berangkat". Upacara beristiadat pun selesai.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalullail adalah Raja Negeri Perlis yang kelima. Baginda ialah Putera kepada Almarhum Tuan Syed Hassan Jamalullail dengan isterinya Almarhumah Puan Wan Teh binti Endut. Diputerakan pada 25 November 1920, baginda ialah susunan yang ketujuh daripada Almarhum Tuan Syed Harun Jamalullail Ibni Almarhum Tuan Syed Ahmad, yang berkediaman di Alor Star, Kedah dan kemudiannya menjadi Penghulu di Arau, Perlis.

Baginda menerima pelajaran dari sekolah Melayu di Arau dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris, iaitu di Penang Free School. Pada 4 April 1938, Baginda dilantik menjadi Bakal Raja Perlis menggantikan ayahanda baginda.  Dalam tahun 1939 Baginda berangkat balik dari Pulau Pinang ke Perlis dan menerima latihan sebagai Bakal Raja. Mula-mula Baginda menerima latihan selama 4 bulan di Mahkamah Rendah Kangar dalam tahun 1940. Kemudian Baginda dihantar berlatih undang-undang tempatan di Pejabat Tanah, Kuala Lumpur selama setahun; setelah itu ditempatkan pula di Mahkamah Pengadil, Kuala Lumpur sehingga pecah perang Dunia Kedua pada akhir tahun 1941. Pada tahun itu juga Baginda telah berkahwin dengan Tengku Budriah binti AI-Marhum Tengku Ismail, cucucunda bekas Raja Negeri Petani yang berkeluarga rapat dengan DYMM Sultan Kelantan.
Pada 4 Disember 1945, Baginda dilantik menjadi Raja Negeri Perlis dan ditabalkan pada 12 Mac 1949. Pada 21 September 1960, Baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ketiga dan ditabalkan dalam satu istiadat yang gilang-gemilang pada hari ini dalam tahun 1961. Apabila lahir Malaysia pada 16 September 1963, Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama. 
Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-14 dan memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979.
Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.
Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik bagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Seri Setia Raja di Terengganu dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya.
Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.
Pada 21 September 1965, Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Keempat. Tuanku Ismail Nasiruddin Shah mangkat sembilan tahun kemudiannya pada 29 September 1979.

Pada 20hb Februari 1971, dengan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong ke-5. Istiadat pertabalan yang gilang gemilang itu telah dilangsungkan di Balai Rong Seri, Dewan Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, menteri-menteri, wakil-wakil asing dan diikuti oleh seluruh rakyat melalui siaran Televisyen Malaysia.
Terdahulu dari itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan penuh tawaduk, telah mengucup keris DiRaja yang berhulu dan bersarung gading di atas singgahsana kebesaran yang terletak di persada tujuh tingkat.
Keberangkatan tiba Seri-Seri Paduka ke Balai Rong Seri didahului oleh Dato Paduka Maharajalela dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam, Cogan Agama dan diikuti oleh pengiring-pengiring serta panglima yang membawa alat-alat kebesaran Diraja antaranya seperti Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu. Nobat dipalu bagi mengiringi keberangkatan DYMM itu.
Ketika baginda berangkat tiba di perkarangan Dewan Tunku Abdul Rahman, Baginda disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Raha. Baginda berangkat ke peterana menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 109 orang Askar Melayu DiRaja yang dipimpin oleh Major Abdul Latif Ahmad.
Baginda kemudian dialu-alukan oleh Menteri-Menteri kabinet dan isteri. Mengimbas kembali riwayat hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang pada ketika itu berusia 44 tahun telah diputerakan pada 28hb November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan di Maktab Mahmud. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Wadhan College Oxford, United Kingdom dalam jurusan Diploma Sosial dan Pentadbiran Awam selama 2 tahun setengah pada usia 22 tahun.
Apabila kembali ke tanah air, baginda bertugas sebagai Pegawai Daerah Alor Setar dalam tahun 1955. Pada 6hb Ogos 1949, baginda ditabalkan menjadi Raja Muda Kedah. Kemudian baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada 14hb Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb Februari 1959. Seterusnya baginda dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong ke-5 pada 21 hb September 1970.



Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra dilantik YDP Agong ke-6. Program ‘Buku Hijau’ di kalangan petani kecil diteruskan dan hasil pertanian mula dieksport. Kelapa sawit muncul sebagai satu daripada punca utama pendapatan Negara dengan pembinaan kilang minyak sawit di pedalaman sementara skim penempatan peneroka dipergiatkan. Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga berikutan kematian Abdul Razak dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Rancangan Malaysia ke-3 dilancarkan dengan Dasar Ekonomi Baru sebagai teras. Perebutan kuasa di antara Presiden PAS, Asri Muda dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasir membawa perpecahan di kalangan anggota PAS, Persaingan kedua pihak mencetus rusuhan hingga darurat terpaksa diisytiharkan di Kelantan. Kakitangan MAS melancarkan megok menuntut kenaikan gaji. Pergolakan politik membawa kepada pengharaman Parti Buruh, perhimpunan awam, penggabungan kesatuan sekerja tempatan dengan badan buruh antarabangsa dan penggunaan lambing ‘bulan-bintang’ oleh parti politik. PAS keluar dari BN dan menukar lambangannya kepada ‘bulan penuh’. BN memenang besar Pilihanraya 1978 termasuk di Kelantan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dipertingkatkan dengan pengenalan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Sementara itu, penternakan ikan air tawar digalakkan. Sultan Yahya Petra mengkat dan Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang) ditabalkan sebagai YDP Agong ke-7. Untuk membaiki mutu kehidupan, projek perumahan pinggir Bandar telah giat dilaksanakan.

YDP Agong ke-7
Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.
Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Bola sepak, permainan bertaraf antarabangsa, telah diberikan nafas baru apabila Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Bawah pimpinan baginda, Malaysia berjaya memperoleh Piala Merdeka selepas 9 tahun dengan melahkan Korea Selatan 3–1 dalam masa tambahan pada 17 Februari 1993. Sultan Haji Ahmad Shah, peminat sukan nombor satu negara, telah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak tahun 1984 dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.
Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Kelua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.





























Wednesday, May 11, 2011

Yang DiPertuan Agong Malaysia

Tanjak Warisan
Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Ketua Negara Malaysia
Ketua negara ialah istilah am untuk pegawai individu atau berkumpulan yang berkhidmat selaku ketua wakil awam sesebuah negara berdaulat, tanpa mengira sistem beraja, republik, persekutuan, komanwel atau sebagainya. Secara amnya, peranan ketua negara termasuk menjadi lambang kesinambungan dan kesahan negara serta melaksanakan kuasa politik, fungsi dan tugasan yang diberi kepada ketua negara berlandaskan perlembagaan dan undang-undang negaranya. Di negara-negara bangsa bersatu, ketua negara dianggap sebagai "pemimpin" rasmi negara. Ketua negara harus menerapkan "semangat kebangsaan" demi Bangsa dan Negara.

Raja Berperlembagaan
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa. tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.
 

Wednesday, March 30, 2011

Sejarah Kemerdekaan Malaysia



Kemerdekaan Dan Pembantukan Malaysia Dalam pembantukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan. Gerakan Nasionalisme Setiap orang tahu dan faham akan erti peperangan / kekerasan. Seandainya diberi pilihan untuk berada dalam suasana peperangan, pastinya setiap orang akan menjawab tidak. Ini kerana kesan dan akibat perang / kekerasan akan menimbulkan kesusahan kepada manusia. Sebenarnya peperangan telah berlaku semenjak tamadun awal manusia lagi. Bermulanya tamadun manusia moden, iaitu semenjak revolisi perindustrian di barat, barat telah mengamalkan dasar penaklukan terhadap negara-negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Semenjak itu, banyak berlaku penentangan dan keganasan demi untuk mencapati kebebasan. Maksudnya di sini, para pejuang kemerdekaan telah berusaha untuk menghalau penjajah dari menakluk negara tercinta.

Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penantangan oleh tokoh-tokoh seperti

Datok Bahaman
Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, yang bermula di Kota Baharu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang Melayu.

Hj Abdul Rahman Limbong
Namun begitu kesan yang paling kuat ditanggng adalah daripada kaum Cina. Ini kerana perbelahan yang telah berlaku di antara Negara China dan Jepun. Jadi perasaan dendam telah membuatkan tertubuhnya banyak parti gerakan untuk menentang Jepun. Contohnya Parti Komunis Malaya. Penaklukan Tanah Melayu oleh orang-orang Jepun merupakan titik tolak bermulanya penubuhan gerakan Komunis di Tanah Melayu. Gerakan ini telah menjadi masalah terhadap keselamatan orang awam selepas berakhirnya penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Selepas pengunduran tentera Jepun, Parti Komunis Malaya telah menggunaka kesempatan ini untuk membuat kekacauan, keadaan selama lebih kurang tiga minggu ini membuatkan kerajaan British menghantar tenteranya ke Tanah Melayu dengan kadar segera. Dalam keadaan dan suasana peperangan serta keganasan, belum dapat ditentukan berapa banyak nyawa yang terkorban, berapa ramai yang menderita kerana tercedera paling menyedihkan, masyarakat telah menjadi truma dengan keadaan ini. Jadi kesan sosial telah berlaku apabila tamatnya peperangan dan keganasan. Apabila keadaan ini berlaku, corak penentangan telah berubah daripada menggunakan kekerasan bertukar kepada cara diplomasi.
Gerakan Nasionalisme Menggunakan Perundingan. Disebabkan keadaan telah kembali terkawal walaupun belum aman sepenuhnya, gerakan penentangan secara bersenjata atau kekerasan tidak dilakukan lagi. Keadaan ini telah diganti dengan cara perundingan. Perundingan di sini lebih ditumpukan kepada proses kemerdekaan negara bangsa. Apabila disebut perkataan perundingan, pastinya semua orang tahu bahawa perundingan membawa maksud perbincangan, pemberi pendapat dan menerima maklumat dengan cara aman. Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. 
Syed Syekh Ahmad Al-Hadi

Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme. Kaedah politik juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak kemerdekaan. Politik juga dikaitkan dengan perundingan, ini adalah titik permulaan berlakunya perundingan dalam mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1955, Tanah Melayu telah mengadakan Pilihan raya Persekutuan yang pertama dengan kemenangan berpihak kepada parti Perikatan. Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.

Sunday, January 30, 2011

Motosikal KTM di Malaysia - Topix

22 Jan 2011 ... Lee memberitahu, harga yang ditawarkan untuk KTM 690 Duke ialah RM42,500 ... said the company would produce KTM motorcycles here based on CKD ... He said some 1000 units of KTM Duke 690 and Duke 690R models would be ...
www.topix.com/forum/world/malaysia/TFIA4H37A7FGQ8C1O - Cached

Sunday, January 16, 2011

Malaysia Tourism Holidays in Malaysia

Planning a holiday in Southeast Asia? If your answer is yes, visit the tourist destinations in Malaysia's most beautiful and most challenging in South East Asia. Adorned with beautiful beaches, attractive wildlife parks and sanctuaries, trot sky scrappers, bustling shopping malls, exotic and manicured gardens, artificial attractions, theme parks, water parks, enchanting islands, the charm and enchanting beauty of the Malaysia Tourism attracts tourists from all corners of the globe. Each year, thousands of travelers, honeymooners, vacationers and tourists will enjoy this exotic travel destination in Asia for a holiday with family, friends and loved ones in a pleasant and memorable.

Come to Malaysia for a holiday and you have to discover the chance to see and visit some of the fantastic destination. Below are listed some of the rarest and must travel to Malaysia travel.

Geogetown
On the island of Penang in south-west coast of Peninsular Malaysia, George Town one of the oldest British settlement in the country. After he's rich culture and tradition-conscious and exaggerated the dynamics and the influence of Chinese culture to your visit to George Town takes you back in time 50 years ago. There are many attractions in the charming town of vegetable markets, Chinese houses, temples, ceremonies, rickshaws, mahjong games and various other moves never fail to impress the heart.

Cameron Highlands
One of the tourist destinations in Malaysia under the Cameron Highlands favored. The hotel is located in the center of Peninsular Malaysia, Cameron Highlands has a number of hill stations and exotic is a major center of Malaysia's tea industry. Natural expressions that bloom here in the form of waterfalls and tea from green meadows with wild flowers, beautiful gardens, etc. baked Malaysia him organized a heavenly view. While hindering the tourists from the breathtaking beauty of the place.

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur is a vibrant and fascinating city, the capital of Malaysia. Famous as the city of the Asian tigers known to the changing time and technology, he has changed to keep pace with changing times. Today he is to draw the most important center of the country and has most of the attractions that thousands and hundreds of thousands of tourists from all corners of the globe. Among the many attractions of the old twin Petronas Towers, the tallest building in the world holds the attention of most tourists in Kuala Lumpur.

Besides these, there are many other exotic destinations to see and explore. To schedule your vacation in the beautiful country in Southeast Asia experience cherished treasure of life. These few days of vacation packages in Malaysia provided by trip organizers. Make one of your choice and enjoy a holiday in Asia and experience the true charm and beauty of the truth of Asia. Surely you will appreciate every moment to find valuable time for life. Take the case as a matter of course ... No other destination in Asia may be the beauty of Malaysia.

Stive writing about travel destinations and beautiful towers in the world. It provides valuable information http://www.malaysiatourpackages.org visiting Thailand, Malaysia, Singapore and Kuala Lumpur travel package, etc. More information
visit to http://www.malaysiatourpackages.org

Wednesday, January 5, 2011

MALAYSIA

Multiculturalism has not only made Malaysia a gastronomical paradise, it has also made Malaysia home to hundreds of colourful festivals. It's no wonder that we love celebrating and socialising. As a people, Malaysians are very laid back, warm and friendly.
Geographically, Malaysia is as diverse as its culture. There are two parts to the country, 11 states in the peninsula of Malaysia and two states on the northern part of Borneo. Cool hideaways are found in the highlands that roll down to warm, sandy beaches and rich, humid mangroves.
One of Malaysia's key attractions is its extreme contrasts. Towering skyscrapers look down upon wooden houses built on stilts, and five-star hotels sit several metres away from ancient reefs.
For the perfect holiday full of surprises, eclectic cultures and natural wonders, the time is now, the place is Malaysia.
* Further information on the country can also be obtained from the Malaysian government's official portal, www.malaysia.gov.my.